NaTRaH

December 2nd 2010
Teater : NATRaH
Tempat : Istana Budaya
Waktu : 8.30mlm
Hari : Khamis

Emma dan aku sampai di Istana Budaya awal, walaupun aku terlambat sebab sibuk ber table pool kat Darby Park. BIG Thanks to Awang n Hunny... :D.  Orang-orang punya la ramai.  Sebab cuti skolah?  Sebab minggu terakhir teater ni dipentaskan?  Arahan Erma Fatima best?  Ramai orang memang meminati alKisah si Natrah?  Nak tengok ramai pelakon glamer2, cun2 yang menjayakan pementasan?  Walau apa pn alasannya, pendapat peribadi : BeST.  untuk org yang dah tau crita NatraH, untuk org yang tak tau apa2 pasal natRah.
AKu bertuaH aku rasa sebab dapat seat dePan,  (aMir n Aizat THANK YOU Very MUcH).  Dapatlah melihat pelakon2 dengan dekat.  Nasib baik je aku tak naik skali atas pentas.
Aku pernah tengok crita ni dulu (movie) tapi masa tu aku kecik lg.  Aku tak puas hati dengan endingnye.  Crita tu sampai Natrah dibawa ke Belanda n masuk Kristian.  Aku sibuk tanya mak aku Natrah masuk syurga ke neraka sbb aku konfius.  Aku tak tau org lain??? ada pernah sibuk fikir apa yg aku fikir masa kecik dulu?
Pelakon2 yang memegang watak2 tu agak berkesan; Sofea Jane, Susan Lankaster, etc.  Stage nye set pn lawa.  Gerak tari penari yang lincah menghiburkan!.  Music dan lagu pn best, cuma ada 1, 2 lagu yang aku tak brp suka.  Secara keseluruhan, tersentuhnyeeee jiwaku yang sensitif ini.
Masa keluar tunjuk gereja dan masjid, music gereja n bacaan ayat suci bersilih ganti.. meremang tengkuk aku.  Orang lain aku tak tau la...
Sangat berat aku rasa ujian dipikul oleh Natrah / Maria.  Dalam umur yang masih muda terpaksa menghadapi konflik yang besar.  Kalau aku umur mcm tu ntah apa tindakan yang aku ambil.  Dia sangat rasa tertipu kerana mak aminah yang ditunggu-tunggu tidak juga datang.  Mak Aminah terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan kesempitan wang menyebabkan harapannya untuk bertemu kembali dengan Natrah terkubur.  Suami Natrah yang berkahwin dengan perempuan lain menyebabkan dia sangat kecewa.  Suaminya ada lah salah seorang yang sangat dia percayai selain mak aminah.  Aku pun sangat pantang kalau org tak berpegang dengan apa yang dikatakan.  Sebab tu kot aku selalu kecewa???
Dalam kes kedua-dua mak ni.  Semasa penyerahan Natrah tuh.....Adeline kata lain, Aminah kata lain.  Mana satu betul?  tak de dokumentasi.  Masa tu plak tak de saksi.
Siapakah mangsa dalam kisah ini?
Siapakah pula yang patut dipersalahkan?
Siapa yang menipu dan tertipu?
Aku terfikir kalau aku di tempat Natrah... Will i still say life is great??? or she stll think life is great?
Moral of the Story?????
Aku sangat kepingin nk menonton alkisah Natrah setelah dibawa ke Belanda.  Cabaran yang perlu dia hadapi sangat sukar.  Lepas dia dibawa ke Belanda penderitaannya berterusan.  Melalui apa yang aku baca sedikit sebanyak... agak lama juga dia nak boleh terima barat.  Di sudut hatinya dia rindukan Melayu, rindukan Malaya, rindukan Islam.  Lepas diabawa aku baca dia masih tak tinggal solat sehingga ....ntah sehingga bila.  Setiap hari dia dipaksa belajar Bahasa Belanda, hidup cara barat dan diajar tentang kristian.  Lama kelamaan dia terima semua itu.  Hanya Allah yang mengetahui......  Dia juga telah berkahwin lain dengan mat salleh.  Penderitaan mental yang dihadapi tetapi dia kuat juga untuk mengharungi hidup.
Kalau difilemkan kisah selepas dia dibawa ke Belanda aku rasa aku org pertama akan mendapatkan tiket tu.
Walau apa pun... Teater Natrah arahan Erma Fatima ini sangat berbaloi untuk ditonton,

Menurut apa yang diuMumkan pada hari tersebut, tayangan INI dILANjutKan hingga ke 7 Disember
2010 atas PerminTaan ramai.  YaYY hopefully ramai lagi yang berpeluan MenontoN teateR ini..



No comments:

Post a Comment